Koperasi Generasi Kerabat DiRaja Kedah Berhad telah diluluskan penubuhannya pada 23 Oktober 2010 didaftarkan sebagai sebuah koperasi asas dengan liabiliti terhad dibawah subseksyen (1) Akta Koperasi 1993 dengan no pendaftaran K-4-0644.
Tujuan penubuhan koperasi ini adalah untuk menjana ekonomi dalam pelbagai bidang perniagaan yang diceburi disamping membuka peluang kepada usahawan yang berminat untuk berusahasama dalam mengembangkan rangkaian perniagaan bersama koperasi.